As salam wrt

Alhamdulillah wa syukurillah

Sehingga hari ini Allah sayangkan diri ini..

Allah cintakan ana…

Allah lanjutkan usia ini…

Dia berikan nikmat masa dan umur

Untuk diri ini terus bertatih

Merangkak membina ad deen

Nikmat masa

Itu lah nikmat yang paling berharga

Selain nikmat islam dan iman yang Allah anugerahkan..

Bagi ana..

Itulah peluang

Yang berkali kali Allah berikan

Pada diri ini

Sehingga hari ini

Dia tahu

Diri ini tak setaQwa mana

Dia tahu

Diri ini tak se soleh mana

Dan Dia tahu

Diri ini tak setakut mana..

Maka sebab itu

Allah berikan ana masa

Supaya ia menjadi kesempatan

Yang berharga untuk diri ini

Bertatih semula di jalanNya..

Merangkak rangkak mencari cahaya

Meraba raba pintu pintu syurga

Di manakah penyesalan

Di manakah rintihan

Di manakah takut

Di manakah taubat

Allah berikan semula peluang ini

Membina harapan yang tertunda

Membina impian yang tertinggal

Membina azam yang berlapuk

Ya Allah…

Inilah anugerah

Inilah hadiah

Bagi insan sekerdil

Dan sehina diri ini…

Perbaiki lah akhlak ku ya Allah

Perbaiki lah agamaku ya Allah

Redha lah aku…

Sayangilah aku

Cintailah aku

Lapangkan dadaku

Jangan tinggalkan aku…

Aku datang padaMu

Walaupun diri ini tak layak

Untuk syurgaMu

Diri ini terus sujud

Meminta .. merayu..menangis..

Hanya inginkan kasihan

Dan sayang…

Jangan tinggalkan aku…


Untuk bondaku Rohani:


Wahai ibuku..terima kasih kerana telah melahirkan anakanda..terima kasih kerana telah membesarkan anakanda sehingga hari ini…tidak akan terbalas segala penat lelah yang telah kau curahkan pada kami…anakanda akan terus berdoa supaya bonda terus kuat, sihat dan diberikan cahaya oleh Allah swt.



Ya Allah,

Ampunkan lah dosa ibuku, sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku ketika kecil..jika dia melangkah jika, bantulah dia,,berikan kekuatan..berikan dia panduan..meneruskan hidup ini…Kau jadikan lah anak anaknya soleh solehah dan membawanya ke syurga..

AmeeN



Mukmin Ar Rijal

Aseef jiddan jika entry kali ini lagi bosan dari entry lepas yer…

:)