TarbiyyaH CintA

WheRe TruE MukmiNs aRe cReAted..

"Aku sampai pada keadaanku sekarang adalah dengan perjuangan..
Dan selama nafas ini masih terus berhembus..
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang..
Berjuang dan terus berjuang..

Kehidupan di dunia adalah perjuangan tanpa henti..
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang..
Tengok saja, seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan linkungan asing yang belum pernah ia kenal sebelumnya..
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yg tangguh..

Seorang ayah berjuang berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarga..
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu..
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak
Yang sedang jatuh cinta, berjuang untuk menahan rindu..
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya..

Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga..
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya..
Yang berselisih berjuang untuk damai..
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh mahkhluk bumi.."



Oki Setiana Dewi ,


Melukis Pelangi…

SyukRaN JiDDaN

As salam wrt

Alhamdulillah wa syukurillah

Sehingga hari ini Allah sayangkan diri ini..

Allah cintakan ana…

Allah lanjutkan usia ini…

Dia berikan nikmat masa dan umur

Untuk diri ini terus bertatih

Merangkak membina ad deen

Nikmat masa

Itu lah nikmat yang paling berharga

Selain nikmat islam dan iman yang Allah anugerahkan..

Bagi ana..

Itulah peluang

Yang berkali kali Allah berikan

Pada diri ini

Sehingga hari ini

Dia tahu

Diri ini tak setaQwa mana

Dia tahu

Diri ini tak se soleh mana

Dan Dia tahu

Diri ini tak setakut mana..

Maka sebab itu

Allah berikan ana masa

Supaya ia menjadi kesempatan

Yang berharga untuk diri ini

Bertatih semula di jalanNya..

Merangkak rangkak mencari cahaya

Meraba raba pintu pintu syurga

Di manakah penyesalan

Di manakah rintihan

Di manakah takut

Di manakah taubat

Allah berikan semula peluang ini

Membina harapan yang tertunda

Membina impian yang tertinggal

Membina azam yang berlapuk

Ya Allah…

Inilah anugerah

Inilah hadiah

Bagi insan sekerdil

Dan sehina diri ini…

Perbaiki lah akhlak ku ya Allah

Perbaiki lah agamaku ya Allah

Redha lah aku…

Sayangilah aku

Cintailah aku

Lapangkan dadaku

Jangan tinggalkan aku…

Aku datang padaMu

Walaupun diri ini tak layak

Untuk syurgaMu

Diri ini terus sujud

Meminta .. merayu..menangis..

Hanya inginkan kasihan

Dan sayang…

Jangan tinggalkan aku…


Untuk bondaku Rohani:


Wahai ibuku..terima kasih kerana telah melahirkan anakanda..terima kasih kerana telah membesarkan anakanda sehingga hari ini…tidak akan terbalas segala penat lelah yang telah kau curahkan pada kami…anakanda akan terus berdoa supaya bonda terus kuat, sihat dan diberikan cahaya oleh Allah swt.



Ya Allah,

Ampunkan lah dosa ibuku, sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku ketika kecil..jika dia melangkah jika, bantulah dia,,berikan kekuatan..berikan dia panduan..meneruskan hidup ini…Kau jadikan lah anak anaknya soleh solehah dan membawanya ke syurga..

AmeeN



Mukmin Ar Rijal

Aseef jiddan jika entry kali ini lagi bosan dari entry lepas yer…

:)

UkHwATi..JaNNaTi...

Itulah buah- buah iman,

manisnya ukhwah yang kita rasakan..

hasil tarbiyyah pada iman yang mapan...

bila kita dekat maka timbul rasa mesra,..

bila kita jauh..maka timbul rasa rindu...

bila kita bersua, maka timbul rasa gembira...

hati kita terucap kata-kata syukur pada yang Esa...

berdebarnya hati hanya Dia jer yang tahu..

kita salam cermat- cermat..

kita peluk erat- erat...

pipi bertemu pipi..

kepala saling berlaga..

mata bertentang mata..

kini rindu telah terubat...

umpama kasih memujuk sepi...

ibarat pungguk bertemu bulannya...

sweeetnya ukhwah kita....

semoga liqa' kita meraih redha dan rahmahnya...

ukhwah fillah abadan abada fid dunia wa al akhirat...




Buat ikhwah Moscow, Nyizhnyi dan Volgograd...inilah cinta yang kita harapkan...semoga ia subur dan mekar mengimarah bumi cinta Allah Azza wa jalla...Ahabbakumullazi fillah ahbabtumuni liajlihi... semoga Allah menginayahkan cinta kepada kamu atas cinta yang kalian sandarkan padaku keranaNya jua...

Cinta sang khalik yang menciptaku
Cinta dari Muhammad Qudwahku
Cinta dari ibu yang melahirkanku
Cinta dari keluarga yang menyokongku
Cinta dari wanita bernama zaujah
Cinta sang walad comel yang soleh lagi solehah
Cinta ikhwah yang sentiasa bersamaku
Cinta dari sahabat yang setia di kala susah dan senangku


:: Ini saja cinta yang saya harapkan...ahabbakumullazi fillah ahbabtumuni liajlihi...semoga Allah menginayahkan cinta kepada kamu atas cinta yang kalian sandarkan padaku keranaNya jua...


AmeeN..



Buat ikhwah tercinta warganegara Rabbani...saya rinnnnduuu sangat kat kalian..
ukhwah fillah abadan abada fi ad dunia wa al akhirat...



Mukmin Ar Rijal

SoLeHaH..

Solehah
Kau terdidik untuk mendidik
Hadirnya solehah
Membakar lilin lilin
Di setiap penjuru jalan Allah
Menerangi gelap
Mengintai malam
Menyuluh kelam
Cahayamu
Meneroka lorong dan corong
Merentas langit menembus luka
Madahmu
Bukan omong bukan lagi kontang
Engkaulah Aisyah peneman Baginda
Pendamping Yusuf membawa bahagia
Pewaris kekal lembaran suci
Seindah perhiasan mahligai dunia
Dalam seribu engkau yang satu
Dicari dan tercari cari
Siapakah gerangan solehah itu..
Angkatlah tanganmu
Capailah ia…

Biarpun hidup ini tiada nokhtah ujian daripada Allah, aku akan tetap tsabat di jalanNya sehingga hujung nyawaku InsyaAllah..Hanya dia yang mampu menolong aku terus kekal berpijak di jalan ini.. sesungguhnya Allah Rabbku..Islam agamaku..Muhammad Nabi dan Rasulku…Ya Allah kekalkan aku dalam lindungan Redhamu!!..

Mukmin Ar Rijal

blog list

Powered by Blogger.

Followers

sEkilaS IsLah

My photo
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..." Hamka

Apa kata anda?


ShoutMix chat widget

Ahlan Wassahalan