Ya Allah Ya Rabbi
Kami tasbihkan cinta ini pada sifat kepujianMu
Kami tahmidkan syukur ini pada kurniaanMu
Atas dhuha yang engkau limpahkan
Dengan embun embun taufeeq dan inayahMu
Maka kami tautkan rabitah qalbu ini hanya untukMu


Ya Allah yang Maha Mengetahui
Bahawa hati hati ini telah bersatu
Kerana kasih kami menyayangi Mu
Bahawa hati hati ini
Telah bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bertemu untuk memikul beban dakwahMu
Kami ikatkan hati hati ini dengan janji setia
Untuk mendaulatkan qalam syariatMu


Maka engkau eratkan lah
Ikatan ini ya Rabbuna
Kau kekalkanlah kemesraan hati hati ini
Terpaut pada jalanMu
Penuhkan hati hati ini
Dengan limpahan Imani
Dan tawakkal kepadaMu
Suburkanlah hati hati ini
Dengan makrifahMu
Matikan lah hati hati ini syahid
Menjihadkan asmaMu..


semoga hati ini sentiasa terpaut jalan menuju pintuNya...

AmeeN,...