TarbiyyaH CintA

WheRe TruE MukmiNs aRe cReAted..

Ya Allah Ya Rabbi
Kami tasbihkan cinta ini pada sifat kepujianMu
Kami tahmidkan syukur ini pada kurniaanMu
Atas dhuha yang engkau limpahkan
Dengan embun embun taufeeq dan inayahMu
Maka kami tautkan rabitah qalbu ini hanya untukMu


Ya Allah yang Maha Mengetahui
Bahawa hati hati ini telah bersatu
Kerana kasih kami menyayangi Mu
Bahawa hati hati ini
Telah bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bertemu untuk memikul beban dakwahMu
Kami ikatkan hati hati ini dengan janji setia
Untuk mendaulatkan qalam syariatMu


Maka engkau eratkan lah
Ikatan ini ya Rabbuna
Kau kekalkanlah kemesraan hati hati ini
Terpaut pada jalanMu
Penuhkan hati hati ini
Dengan limpahan Imani
Dan tawakkal kepadaMu
Suburkanlah hati hati ini
Dengan makrifahMu
Matikan lah hati hati ini syahid
Menjihadkan asmaMu..


semoga hati ini sentiasa terpaut jalan menuju pintuNya...

AmeeN,...

Basmallah pembuka picisan awal nukilan..

Assalamualaikum sahabat pembaca tarbiyyah cinta sekalian…bagaimanakah saum antum semua..? berjalan lancarkah semuanya…? Diharapkan agar dalam kesibukan kita menyiapkan diri dengan persiapan raya tahun ini…kita tidak lupa akn malam yang lebih baik dari malam seribu bulan..malam harapan untuk mencapai maghfirah dan hidayahNya…pintu syurga ar rayyan masih lagi terbuka…masih lagi berlapang dada untuk menerima kita yang berpuasa pada bulan barakah ramadhan al Mubarak ini…amin..inshaallah nukilan kali ini..ana terigin nak kongsikan luahan hati dan jiwa ana pada Ramadhan…antum sudi sudikan diri untuk becanya yer…aseeef kalau tidak diterima pada benak hati antum para pembaca…almaklum ana baru belajar menulis…



Assalamualaikum ya Ramadhan

Syukran jazilan kerana anta masih sudi memberikan ana peluang untuk bertemu dengan anta, segala puji bagi Allah ya khalik tuhan yang menginayahkan ana nafas dan gerakan nadi iman untuk terus bertasbih menjuangkan diri ini di jalan jihad fi sabilillah…tidak terbalas segala kurniaan nikmat yang Dia berikan pada ana kerana sempat bertemu anta wahai bulan barakah yang Dia ciptakan untuk ana dan umat Muhammad sekalian..


Ya Ramadhan

Anta ibarat payung emas menerangi kemendungan hujan..umpama matahari yang bersinar memancarkan cahaya untuk kemaslahatan makhluk yang Dia ciptakan…anta menjadi harapan..setiap detik kami para umat merindui kedatangan anta menyapa masa masa pahit kami setiap tahun…dibelenggu jahiliah dan kenaifan yang kami tidak sangkakan..inilah kejayaan syaitan membisikkan was was..mentarbiyyahkan diri ini ke jalan yang menyimpang dari aras landasan Tuhan…kami jatuh tersungkur tidak berdaya bangkit memilih iman..


Ya Ramadhan

Kunjunganmu pada masa masa kami amat kami alukan..anta hadir memberi kesempatan..di dalammu ada tautan belas dan keberkatan…keampunan dan kebebasan dari azab pembakaran..wahai bulan yang kami rindukan…inilah saat yang kami tunggu menjadi hamba yang disayangi Tuhan…


Namun sahabatku

Ana kecewa dengan diri ana..iman ini tidak kuat untuk melawan nafsu..ana lalai dalam menzikirkan tahlil dan tahmid kepadaNya…menjadi hamba Allah yang taat adalah suatu yang sukar bagi diri ini..hari hari ana dalam tautan barakahmu menjadi sia sia semata mata…maafkan ana ya Ramadhan..ana khilaf dalam perjuangan ini…ternyata ana tidak mampu untuk melawan hawa ini yang jelasnya menjadi hamba Iblis semata mata…


Ya Ramadhan..

Di saat ini, ana merasakan sesuatu yang penuh dengan penyesalan..tidak mungkin ana terdaya untuk memutarkan masamu…Cuma satu kupinta pada Yang Esa..pertemukan lah ana dengan suatu malammu..yang kutunggu tunggu selama ini..malam yang penuh dengan mardhotillah dan maghfirahNya.. Lailatul qadar..malam wasilah penghubung nadi manusia ke titian syurgaNya…


Ungkapan bismillah pembuka picisan warna nukilan…

Assalamualaikum …apa khabar semuanya..? antum sihat..? Semoga Allah SWT mengurniakan antum rukun imaniyyah yang sihat wa al afiat hendaknya…InshaAllah…pastinya, umat islam pada bulan ini sudah sibuk dalam mempersiapkan diri menyambut hari kemerdekaan umat islam yang ulung..hari raya aidil fitri…membeli pakaian baru, juadah hari raya, hiasan rumah…

Di kota- kota, terlihat baju- baju melayu dan kurung tergantung menjualkan diri mereka…emak-emak ibu-ibu kita sudah sibuk menguli tepung menyiapkan Juadah biskut raya..tidak kurang juga ada sahaja biskut telunjuk yang menjadi kegemaran umiku membuatnya…kain langsir terhias indah pada daun- daun tingkap rumah…masing-masing semuanya seakan akan tidak sabar menantikan hari yang hamper mengunjung tiba….

Aku? Masih lagi menguap, berdengkur dan ingin meneruskan perjalanan wasilah mimpi dari tidur yang lena…menghitung hari akan kepulanganku ke bumi kelahiran Ibnu Sina..sedang menikmati saat terakhir tahun pahit 2011 di bumi bijanaku Malaysia…

Bulan ramadhan al- Mubarak..bulan yang penuh barakah yang mengandungi malam yang lebih baik dari malam seribu bulan..di dalamnya terdapat rahmat dan keberkatan dari Allah azza wajalla..dibukakan pintu syurga Ar Rayyan bagi mereka yang berpuasa pada bulan ini…sesungguhnya..bulan inilah satu satunya bulan untuk kita bertarung dengan nafsu setelah 11 bulan syaitan melakukan tarbiyyah mengikut caranya yang sangat bernas…sehinggakan ramai antara kita jatuh kerana lemahnya nafsu hasil didikan produktif syaitan laknatullah…termasuklah diri ana sendiri…astaghfirullah…

Entry kali ini ana teringin sangat nak kongsikan pada antum semua tentang 7 martabat nafsu…bacalah sampai habis yer..inshaAllah ada barakah di akhirnya…


1] Nafsu Ammarah

Perangai orang yang mempunyai nafsu ini selalu memperturutkan kehendak hawa nafsu dan bisikan syaitan. Kerana nafsu ini kerjanya sentiasa menyuruh berbuat maksiat, baik ia tahu perkara itu jahat atau tidak baginya buruk dan baik adalah sama sahaja.kejahatan dipandangnya tidak menjadi apa apa.bahkan dia tidak mencela kejahatan tapi sebaliknya dia selalu sinis dan suka mencela segala bentuk kebaikan yang diperbuat oleh orang lain.


2] Nafsu Lawwamah:

Nafsu ini mengkritik atau mencela kejahatan dan membencinya apabila ia terlanjur berbuat kejahatan ia lekas menyedari dan menyesali dirinya memang ia menyukai perbuatan baik tetapi kebaikan itu tidak dapat dipertahankn secara terus menerus kerana dalam hatinya masih bersarang maksiat maksiat batin meskipun hal ini diketahuinya tercela dan tidak disukainya. Namun selalu sahaja maksit batin kitu menyerangnya sehingga paabila kuat serangan maksiat batin itu maka sekali kali terpaksa ia buat maksiat lahiriah. Kerana tidak mampu melawannya.meskipun demikian dia tetap berusaha menuju keredhaan Allah smbil mengcap istighfar memohon ampun dan menyesal atas kemaksiatan yang diperbuatnya.maka abarang siapa yan g rasa tergetar dihatinya dengan sifat sifdat tercela itulah tandanya ia termasuk dalam kategori nafsu lawamah. Nafsu ini terdapat pada kebanyakan orang awam, tetapi darjatnya sedikit tinggi dari nafsu ammarah. Sifat tercela pada orang nafsu lawamah tidak dapat dikikis habis kecuali dengan berusaha dan berlatih melepaskan diri dari belenggu hawa nafsu, di samping terus menerus berjuang (mujahdah) di jalan Allah.


3]Nafsu Mulhamah:

Apabila sifat sifat yang tercela pada orang nafsu ammarah dan lawwamah berhasil dilenyapkan menurut cara kehidupan orang sufi maka bertukarlah darjat nafsu lawwamah dan ammarah tadi menjadi mulhamah.nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat sifat hati yang kotor dan tercela itu melalui tariqat suffiyyah.


4] Nafsu Muthmainnah

Meskipun nafsu mulhamah tadi telah mencapai tingkat kesucian, tetapi belum begitu kukuh. Dan apabila nafsu mulhamah itu teguh dan tetap dalm proses mencapai hakam hakikat dan makrifat, maka melekatlah dilubuk hatinya sifat sifat yang terpuji itu dan terkikis habislah sifat yang tercela itu. Maka pada waktu itulah dia termasuk dalm martabat nafsu muthmainnah.nafsu ini adalah sebagai permulaan mencapai darjat sufi dan wali. Orang yang telah berhasil mencapai martabat nafsu ini, dapat merasakn kebahagiaan dan ketenangan jiwa.


5] Nafsu Radhiah

Sebagaimana nafsu muthmainnah yang telah mencapai darjat wali , demikian pula nafsu radhiah ini yang memeng wali makamnya tetapi darjtnya lebih tinggi dari makam wali muthmainnah tadi, sangat dekat kepada Allah dan menerima perasaan redha segala hukum Allah kerana itu segala masalah kehidupan duniawi sama sahaja bagi para wali martabat nafsu radhiah ini. Nilai wang sama sahaja dgn nilai kertas biasa, harga emas sama dgn harga batu. Mereka tidak takut atau khuatir kepada sesiapapun yang akn mengganggu dan tidak bersedih hati atas segala penderitaan sebagaimana yang dideritakan kesedihan oleh org2 awam.


6] Nafsu Mardhiah

Adapun martabat nafsu mardhiah ini lebih tinggi dari nafsu Radhiah kerana segala perilaku org nafsu ini, baik perkataan mahupun perbuatannya adalah diredhai Allah dan diakuiNya.oleh kerana itu jadilah jiwanya , perasaannya lintasan hatinya gerak gerinya, pendengarannya, penglihatannya, perkataannnya gerak hati dan tangannnya, kesemua itu diredhai Allah belaka


7] Nafsu kamilah

Untuk mencapai nafsu kamilah ini sudah tentu org harus melalui dahulu proses perjalanan nafsu satu per satu yang dimulai dari nafsu ammarah hingga seterusnya sehingga nafsu mardhiah sebagaimana yg telah disebutkan.memang tidak mudah untuk mencapai martabat nafsu ini, harus mempunyai semangt yang tinggi dan berani, menempuh jalan yang sulit dan sukar.Sheikh Abdul Kadir Jailani misalnya selama 30 tahun lebih dia merintis dan merempuh jalan untuk mencapai jalan nafsu kamilah ini.tetapi dalm mnempuh jalan ini tidak sama bagi setiap org, lain org lain pula perjalannanya ada yang singkat adapula yang lama. Nafsu kamilah ini adalah martabat nafsu yang tertinggi dan istimewa dari makam wali2 yang lain kerana ia dapat menghimpunkan batin dgn lahir atau antara dgn syariat. Kerana itu ia dinamakn makam kamil mukamal atau insanul kamil.

Jika antum teliti dan fahami, cuba antum fikirkan dimanakah sebenarnya letaknya martabat nafsu kita..? adakah kita berada di martabat nafsu kamilah? Atau sekadar lawwamah,,? Yang penting…masih jauh lagi sebenarnya perjalanan yang harus ditempuh oleh nafsu kita untuk mencapai martabat nafsu agung kamilah…


Ana minta maaf jika entry kali ini terlalu panjang…sekadar berkongsi apa yang ada pada benak fikiran…ilalliqa’ Selamat Hari Raya Aidilfitri…

9 julai 2011, 11.21 am

Katil no 5, train Volgograd - Moscow

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam buat junjungan mulia Utusan Allah Azza wa Jalla..

Sehari suntuk membeku dan mendagukan diri di dalam train. Perjalanan selama lebih kurang 22 jam kuhabiskan dengan perkara yang membawa diriku di alam muhasabah diri yang syahdu..setelah 2 sem tahun pertama perubatan kutempuhi di bumi asing Volgograd, kuamati dan kukenangi. Segala ujian yang selama ini menimpa diri kuselami..malam itu kelayani lagu syahdu hatiku dengan linangan keheningan dan kesadisan jiwa dan naluri..

Aku yakin,

atas apa yang menimpa pada diri ini bukan lah suatu yang tidak disengajakan Ilahi.

UrusanNya penuh dengn hikmah dan ibrah yang membasahkan nafsi…

Kadangkala, kurasakan diriku tidak layak lagi untuk terus berpijak di atas bumiNya lagi,

rasa putus asa yang kian menggoda taqwa yang lemah ini,

semakin menebal di dalam hati,

membuatkan aku terus melayangkan diri ini tanpa ikatan tali petunjuk Ilahi...

Atas kesedaran yang hakiki,

aku tidak kuat menggenggam tali..

tali hidayah

yang selama ini kurasakan rahmat dan nikmat yang paling besar dianugerahkan

pada diriku,

semakin kurenggangkan pada jari- jemari yang memegangnya…

seakan- akan angau akan bayangan indah duniaNya..

seakan-akan tidak mampu untuk kembali…

namun aku percaya,terciptanya kalimah al-insan yakni manusia adalah berasal daripada kalimah “nasa”

iaitu dia(lelaki) lupa…

hatta manusia itu dilahirkan dalam fitrahnya yang mudah lupa..alpa..

yang tidak bisa lari daripada godaan, ujian dan cubaan daripadaNya..

Kerana dengannyalah, iman akan hadir memutikkan bunganya..

firman Allah:

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(cubaan) seperti (yang dialami) orang- orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan) sehingga rasul dan orang- orang beriman berkata,” kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Al-Baqarah: 214

Subhanallah..Maha suci Allah yang Maha Bijaksana mematangkan iman dan taqwa hambaNya dengan penuh berhikmah..hanya doa dan munajat padaNya lah senjata yang kita ada sebagai Mukmin dan mukminah untuk terus kuat berpegang pada tali hidayah dan taufeeq Allah…tidak perlu kita takut jika tidak sampai pertolongan Allah pada kita kerana ianya pasti tiba…

sambil melabuhkan diri di atas katil train yang tersedia di setiap kupin , fikiranku terus hanyut mengingatkan lagu “ InshaAllah” nyanyian Maher Zain..sebuah lagu yang sentiasa menjadi peneman diri ini ketika walangnya hati dan sanubari remajalu...semoga diri ini terus kekal, tsabat di atas jalannya memujahadahkan diri menuju pintu syurgaNya…

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way



Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

InshaAllah, by: Maher Zain

“не бойтесь, Аллах всегда с нами

[nyi boites, Allah vsegda snami]

La tahzan innallaha maana


QANITIN :

Masih bisakah lagi kita mengukir raut wajah kegembiraan diwajah ini..
sedangkan kematian itu sebuah rahsia yang hanya diketahui oleh yang Maha Mengetahui..

masih mampukah kita bergelak ketawa bersama teman teman..
jika difikirkan tentang kesakitan yang dihadapi tatkala kematian menjemput diri..

masih adakah ruang untuk kita bergurau senda..
sedangkan kematian sentiasa mengekori dan menjenguk kita setiap waktu..


MUKMIN :

Jika ingin dikatakan masih adakah lagi waktu dan ketika untuk duniawi...jawapannya pasti ada...kerana sesungguhnya dunia itu ialah putik- putik muda akhirat...maka jgn dipisahkan dunia dan akhirat kelak binasa dunia binasa akhirat....wallahu alam...


QANITIN :

jangan dipisahkan dunia dan akhirat..tapi jangan terlalu mengambil dunia kerana khuatir melupakan akhirat. hanya mampu megukir raut kegembiraan dan senyuman diwajah..


MUKMIN :

Amal yang diiringi taqwa...kerana sesungguhnya tidak semua amal manusia menarik rahmat Allah swt..hanya yang mengharapkan redhaNya dijanjikan mahligaiNYa....


QANITIN :

Amal yang diiringi taqwa dan keikhlasan dalam beramal hanya kepadaNYA dan bukan kepada manusia semata mata...sesungguhnya tuhan telah menjadikan kita daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan masa depan yang berbeza beza berdasarkan tahap keilmuan dan ekonomi.. namun itu semua tidak menentukan masa depan akhirat..sesungguhnya orang yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa..


“Sesungguhnya orang- orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu- ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang bertaqwa..”

surah (AL HUJURAT AYAT 13)


MUKMIN :

Maka sesungguhnya Allah itu maha bijaksana dijadikan manusia itu ke atas muka bumi cinta Allah azza wa jalla adalah untuk beribadat kepadanya serta dilantik sebagai khalifah agung bumi yang tua..adapun sesungguhnya bumi itu wasilah ibadah manusia dan sesungguhnya ibadah ialah wasilah akhirat...hatta dalam ketika itu..bumi itu di dunia nyata...maka jangan dipersalahkan urusan duniawi di mukanya....kerana ketahuilah urusan dunia itu urusan akhirat jua semata....


QANITIN :

Amal yang kecil tapi ikhlas dan istiqomah itu lebih besar dan lepih dipandang disisi ALLAH daripada amal yang besar tetapi tiada keikhlasan semata inginkan pujian dunia dari manusia dan dilakukan bermusim- musim tanpa istiqomah..

urusan dunia itu memang urusan akhirat jua semata mata..tapi bukan semua tapi hanya segelintir.. tidak semua urusan dunia itu ialah urusan akhirat semata mata.. urusan dunia yang niatnya "lillahi taala" semata- mata hanya kerana ALLAH itulah ialah urusan akhirat dan mendapat ganjaran di akhirat insyaALLAH..tetapi urusan dunia yang tidak disandarkan hanya kerana ALLAH dan dilakukan hanya kerana untuk mendapat pujian duniawi daripada manusia..maka di dunia sahajalah kebaikannya di akhirat jua lah kebinasaannya dengan izin ALLAH..


MUKMIN :

Maka dimanakah kekhilafan itu perlu diacukan...? ke arah urusan duniawi atau pelaksananya...? kerana pada asasnya urusan duniawi itu jua ialah urusan akhirat...maka sesungguhnya pelaksananya iaitu sang manusia berhati derita yang mengkhilafkannya....apakah salah itu pada urusannya....jangan dibatilkan hal2 di dunia kerana yang membatilkan ia atau menghaqkan ia hanyalah dia manusia...nadi cinta dunia....


SABIRIN :

Hauqallah....pilihlah tuan empunya akhirat dan dunia. insyaAllah dua-dua dapat...



Nukilan bersama :

Mukmin ar Rijal

Muhamad Azwan (al- Haizamian)

Bismillahi awwalu wal akhirin. Assalamualaikum warahmatullah…selawat dan salam saya panjatkan ke atas junjungan mulia Utusan Wahyu Allah Azza Wajalla, Nabi Muhammad SAW…

Syukur embun dhuha yang bertasbih memuji alam Allah yang penuh indah…indah nya embun dhuha pagi ini seindah fajar yang menyinari pagi hari lahir seorang insan bernama umi yang ku kasihi...semoga dhuha kali ini menjadi titik tolak kebahagiaan umi bersama insan yang umi cintai… meningkatnya usia kita maka meningkatlah usia kematangan kita...dan maka sesungguhnya Allah itu maha bijaksana yang akan sentiasa menguji kita selaku hambanya..sesuai dgn firmanNya, mengikut kemampuan hambaNya tanda kasih dan cintaNya pada kita...maka sesungguhnya jangan lah kita terlalu bersedih dan terlalu gembira dangan apa yang kita kecapi...

umi, umi sihat...? ayi berharap umi di sana berada dalam kesejahteraan dan sentiasa berada dalam lingkungan barakah Allah...umi..ayi minta maaf tau..sebab ayi dah lama tak kirimkan khabar kat umi dan keluarga di malaysia...ayi tahu ..umi marahkan ayi..ayi tak selalu telefon umi...ayi sedar..ayi terlalu sibuk dengan studies ayi...ayi sedar yang ayi dah buat umi kecik hati dgn ayi...umi...jangan marah kan ayi lagi tau...ayi perlukan umi..ayi tak nak kehilangn umi...

umi , umi tahu tak umi...sejak kebelakangan ni..ayi selalu tertekan..ayi ada banyak masalh dgn kawan2 ayi..ayi baru hilang kawan yang ayi sayang...umi nak tahu lagi...sejak dua menjak ni..ayi tak boleh fokus pada pelajaran ayi...baru2 ni..ayi dapat markah teruk sangat...nasib baik pensyarah tu tolong ayi...

umi, ayi rasa ini semua salah ayi...ayi asyik pentingkan benda yang lain..tapi ayi abaikan umi ...ayi dah abaikan umi,..yang selama ketiadaan ayi , umi selalu doakan ayi..umi tak pernah lupa doa untuk ayi spy ayi berjaya jadi doktor suatu hari nanti...tapi ayi khilaf umi...ayi dah buat kesalahan terbesar dalam hidup ayi...ayi dah abaikan perasaan umi..ayi dah lukakan hati umi yang selama ini banyak berkorban demi makan minum ayi, demi pelajaran ayi...demi kebahagiaan ayi...

umi nak tahu tak..hari tu kan..dua tiga kali ayi mimpikan umi..ayi mimpi yang ayi cium tangan umi sambil menangis...umi menangis depan ayi..ayi pun menangis jugak dekat umi..umi peluk ayi erat2...sambil umi ucapkan dkat ayi...umi sayangkan ayi...ayi terkedu...sebab selama ini..ayi tak pernah ucapkan kata2 sayang dan cinta pada umi...ayi rindu sangat dekat umi..ayi sayang kan umi..dunia akhirat...ayi tak tipu umi tau...

suatu malam..ayi mimpikan umi lagi..ayi mimpi yang umi dah meninggal...semua ahli keluarga kita meratap kesedihan pemergian umi ke rahmatullah...ada suara halus yang menyuruh ayi berdoa..supaya umi dikembalikan ke dunia semula...ayi ikut suara itu..tapi ayi tak boleh ucapkan kata2 doa..mulut ayi seperti disekat...beberapa kali ayi cuba untuk ucapkan kalimah syahadah..tapi tak berjaya.,umi..sejak itu..ayi mula sedar..ayi tak boleh kehilangn umi saat ini...ayi amat perlukan doa dan kasih umi..kasih seorang wanita bernama umi..amat bernilai buat ayi saat ini...ayi perlukan restu dan redha umi...inilah yang diajarkan oleh agama Muhammad...

"Redha Allah bergantung kepada redha kedua-dua orang tuanya, murka Allah bergantung kepada murka kedua- dua orang tuanya.."

umi,, ayi takut kalau2 umi tak redha ayi masuk syurga dengan umi nanti...ayi tak nak masuk neraka umi,, ayi nak masuk syudga sama2 dgn umi..ayi tahu Nabi kita ajar bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu..restu ayi yer umi...

umi,, bulan depan ayi pulang ke malaysia yer...ayi dah tak sabar nak peluk umi..nak cium dahi umi..izinkan ayi cium kaki umi...saat ini..ayi hanya teringatkan umi jer...ayi tak sabar nak rasa makanan umi ..ayi rindu sangat nak makan laksa pedas umi, sambal ayam umi...masak lemak umi...takpe nanti bila ayi balik, ayi nak masak pulak untuk umi..alaaa.. nanti kalau tak sedap nanti umi jangan lah gelakkan ayi yer....hehe...

Umi..ayi nak minta diri dulu ye..umi jaga diri baik2 tau..jaga kesihatan umi.. jaga iman dan taqwa sekali...ayi minta maaf ..sebab ayi tak dapat sambut hari jadi umi yang ke 55...ayi kene belajar jauh...ayi nak jadi doktor berjaya suatu hari nanti...lepastuh ayi nak jaga umi...umi..jangan sedih2 yer,...kalau umi sedih. ayi lagi sedih..sebab ayi tak dapat jaga umi waktu2 macam ni..ayi takut kalau2 ayi tak sempat jaga umi...nauzubillah..Ya Allah..tolong lah hambamu ini diberikan kekuatan dan kesempatan untuk aku menjaga ibuku ya Allah....

umi...bulan ni ayi exam akhir..umi doakan kejayaan ayi yer..daoakan ayi dapat anugerah dekan lagi tau...umi..kalau ayi tak dapat dekan..umi jangan kecewa dgn ayi tau...ayi dah buat yang semampu ayi..ayi dah cuba yang terbaik...akhir madah dari ayi...ayi kirimkan doa buat umi...


Rohani binti Mohamad ialah ibu yang ayi sayang dan cinta dengan niat ehsan kerana Allah..

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Ya الله ,umi saya yang sedang membaca ini adalah umi yg soleh ,kuat ,sabar,comel,ambil berat tentang saya,.. sayangilah dia serta kasihilah dia. bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya,sehatkn badannya. Jika dia melangkah,selamatkanlah dia, mudahkan langkahnya, urusannya..ya Allah, lembutkalh hatinya agar menerima aku sbagai waladnya yang baik dan soleh agar dia dpt memimpinku di atas jalanMu menuju pintu syurgaMu..

أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِين




SANAH HELWAH Umi...

Mukmin ar Rijal...


Lafaz Bismillah kubuka kan....
As Salam....
suara halus itu bertanya pada batin sesakku..." azhari, apa yang awak nak dalam hidup awak sebenarnya...?..awak nak apa...?
awak nak nama..?
awak nak kan siqah..?
awak nak kesenangan dunia?
atau awak nak apa yang awak tak patut capai dalam hidup awak..?"

hati ini sukar untuk melafazkan tuntutan hati yang sebenarnya...walaupun naluri suci yang tiba- tiba hadir menjelma menyapa..memberhentikan lamunanku...

naluri itu datang dan bertanya lagi...." azhari...,, adakah awak tak suka dengan takdir yang Allah tentukan untuk awak....?" hati nakalku membalas langsung naluri itu" tidak...aku bersyukur apa yang aku dapat..!! kenapa cakap macam tuh...?.." ternyata jiwa ku menafikan perasaan itu....syaitan yang seakan berbisik di kotak kecil hati jahatku pasti gabra dgn jawapanku....namun inilah fitrah manusia..yang sentiasa teringin tuntutan batinnya dipenuhi....sukar untuk aku menjawab pertanyaanny dengan hati yang melapangkan iman....tanpa sedar,, jiwaku basah dengan linangan kesedihan mengenangkan nasib malang yang harus aku terima dengan penuh redha....

anda mungkin akan tidak faham...mungkin juga anda faham...dan mengalami hal yang sama....sebagai insan bumi yang lemah...saya tidak dapat lari daripada segala ujian dan dugaan daripadaNya...hati ini juga masih lagi kurang mempelajari erti sabar dan ikhlas terhadap ujian yang menimpa diri ini...

naluri suci itu menyahut dan memujukku dengan suara merdu pujukannya...

" Azhari...awak perlu ingat dan simpan kata- kata ini dalam- dalam dekat hati awak.....awak itu hamba Allah ..ciptaan Nya...awak dah faham....setiap hambanya pasti tidak akan terlepas dari cubaanNya....awak sepatutnya rasa bersyukur..sebab Allah menguji awak dengan pelbagai cubaan....kerana awak perlu tahu...bahawa inilah yang dikatakan cinta Allah terhadap hambanya...kalau Allah tak cintakan awak...Dia pasti tinggalkan awak...Dia pasti tak mahu uji awak...dan awak tahukan bahawa sesungguhnya dengan cara inilah keimanan awak akan diuji olehNya....

naluri itu membalas lagi..." awak ingat tak azhari...setiap hari awak berdoa..agar Allah berikan awak kekuatan agar awak boleh mengahadapi kesusahan yang awak alami ini dengan tenang dan sabar....?..maka kerana itu awak harus faham....untuk menguatkan iman dan jati diri awak,...Allah timpakan ke atas awak dengn kesusahan di dunia...sesungguhnya Allah mendengar setiap ucapan awak....

"Dan apabila hamba- hambaku bertanya kepadamu (Muhammad), maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan doa orang yang berdoa kepadaku.Hendaklah mereka memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kejayaan..." Al- Baqarah:186

ingat lah azhari...pertolongan Allah itu sangat dekat dengan awak...Mungkin tidak semua doa awak alan dimakbulkan....tetapi awak perlu ingat...bahawa takdir Allah itu telah tercatat di luh mahfuz sejak azali..sejak jasad awak belum lagi ditiupkan dengan ruh...maka segalanya telah tersedia ....jangan lah awak terlalu bersedih dan terlalu bergmbira dengan apa yang awak kecapi saat ini...ketahuilah dunia ini hanya permainan dan senda gurauNya....ingat lah kata-kata ini...

"Instead we ask Him for a tough Iman, He gives us a strong trouble and pain... instead we ask Him for strength in front, He gives us dificulties in hand, perhaps..we unfortunately won't get what we want in life but He gives us what we need indeed..."


sabar lah azhari...ikhlaskan lah hidup awak kerana Allah....la tahzan...la takhauf...innalaha maana....ikhlas la....janji Allah itu pasti....



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..

Dengan kesempatan masa yang Allah kurniakan kepada saya pada hari ni..maka saya ditakdirkan untuk menjenguk blog saya yang dah lama tidak dibuka..bukan apa, sangat sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah nak berhenti sibuknya..sangat penat...Astaghfirullah..ampunkan hambamu yang lalai mengingatimu ini ya Allah...
hmmm...
Bercerita tentang urusan dunia pada hari ni..saya secara dukacita sangat kecewa dengan manusia zaman sekarang..masing- masing berlumba- lumba untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan..bukanlah bermaksud tidak boleh...namun...mereka memang pandai mencari alasan supaya mereka boleh lari dari urusan yang lebih pasti...jika kita bayangkan ,,bilakah masa kita akan berhenti dari urusan dunia ni...takkan lah nak tunggu mati dulu....maknaynya kalau dah mati macam mana nak buat amalan untuk buat bekalan di akhirat...tiada gunanya lagi apabila mati telah mengunjung kita wahai teman- temanku sayang...nauzubillah...dalam menelusuri jambatan mujahadah allah SWT,, kita memang perlukan pengorbanan tidak kira dari aspek apa jua sekalipun...
sesungguhnya dunia yang kita diami sekarang ini hanyalah suatu gurauan dan hanya sekadar tempat permainan...kita di dunia ini tidak ubah seperti seorang kanak- kanak yang berlakon diatas pentas dunia yang fana yang hanya bermain dan bermain....memang padan jika saya katakan manusia adalah bintang paling popular di layar perak dunia fatamorgana....

saya bukan mereka cerita tetapi inilah hakikat dunia kita yang semakin sarat dengan umat yang ghafil..tidak kurangnya mereka seperti saya yang lalai juga dalam ibadah dan dakwah di jalan Islam...astaghfirullah...

Allah berfirman dalam surah Al- Hadid: ayat 20
"ketahuilah, sesungguhnya dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam harta dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam - tanamannya mengagumkan para petani; kemudian( tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu"

Kesyumulan Al- quran al- karim diproklamasikan kepada kita melalui kelengkapan syariah yang diajarkan di dalamnya....kita sebagai umat Islam yang bersatu teguh pada satu keyakinan yang hakiki diajar supaya kita bukan sahaja mencari apayang telah disediakan Allah kepada kita di dunia...malah..Allah berfirman lagi supaya kita berlumba-lumba bersama mencari redha dan ampunan Allah agar kita mendapat ganjaran syurga yang seluas langit dan bumi....

maka di mana lagi rasional yang harus kita letakkan untuk mencari alasan bahawa dunia adalah segala- galanya...padahal ianya hanyalah kesenangan yang menipu....wallahu alam....

pesanan: doakan saya sentiasa Istiqomah dalam beribadat dan dakwah














KaMu SaHabaTku...

Bismillahirrahmannirrahim...

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

* Saya berpesan kepada diri saya dan kalian,,agar kita sama- sama bersyukur dengan nikmat sahabat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita..sayangilah sahabat anda seperti mana Rasulullah menyayangi sahabat- sahabatnya...

Saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata" selemah- lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yag mensia- siakan sahabat yang telah dicari"

Jadikanlah sahabat anda sebagai penghubung dan wasilah antara anda dengan Allah SWT..sahabat yang baik ialah sahabat yang mengenal diri kita dan sanggup menerima kekhilafan dan kelemahan kita...jika sahabat anda melakukan kekhilafan,, perbaikilah kesilapannya..semoga dengan tarbiyyah sesama sahabat itu mendapat ibrah dan natijah yang berhikmah untuk kehidupan dunia dan akhirat kita Inshaallah....Wallahu'alam..

pesanan: saya mohon doa kalian agar saya sentiasa dekelilingi sahabat yang berhati comel dan mulia macam kalian juga.....;)

Assalamualaikum warahmatulahi wabarokatuh...
selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhamad SAW...


Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha Mengasihani..
Ya Allah..,
ku ingin sekali bertanya padamu
akan khilafku yang sentiasa mengunjungiku
bukan niatku untuk mendustaimu
namun inilah hakikat yang harusku kulalu
jiwa ini  bagaikan meronta- ronta
keperitan batinku
luluh naluri dan iman di hati
nada-nada dosa yang tiba menghantuiku
membuat aku sentiasa kaku dan terkulai
lalu aku nekad mencarimu 
wahai sang Pencipta agungku..

Ya Allah ya Robbi
mengapa hati ini 
lalai mengingatimu
setiap detik bagaikan titisan air hujan
yang jatuh mambasahi bumi cintamu
namun tidak pernah satu titik
yang menjadi takungan kawah imanku
aku mula bertanya
apakah diri ini layak bagiku syurgamu
apakah diri ini kasih dan cinta hanya padamu
persoalan demi persoalan kuleraikan 
lalu ku kotakan dengan madahku padamu
Ya Allah, begitu hina diri ini
dibandingkan dengan kekasihmu

cebisan madah zikirullah kubasahi lidahku
kuratapi dosaku yang lalu
bagaikan ombak menghempaskan batinnya ke teluk
tidak pernah padam dan terhenti
umpama keldai berbaringan lumpur
tidak pernah hilang dari lumuran 

Munajahku 
doaku
tawakkalku
ilham dah hidayah Allah
datang menyapaku
taufeeq Allah maha kuasa
lamunanku tersentak
menyingkapkan kesima

Wahyu-wahyu Nya
menyentuhi jiwaku
gelora nafsi menghilang 
bisikan iblis menyuarakan gentarnya
al-quran dan hadith menghalwakan imanku
tasbih dan tahmid melembuti batinku 
tika asma Allah menggemakan pagiku
berjalan lalu di atas bumi cintaku
tenang, sejahtera, damai
menusukkan harumnya di waktu subuh
kupanjatkan syukur dan banggaku padaNya
tidakkan terhenti maghfirahku
hingga masanya tiba
ku pergi
beriringan nota-nota abadi
memuji Tuhan atas rahmahNya.....

blog list

Powered by Blogger.

Followers

sEkilaS IsLah

My photo
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..." Hamka

Apa kata anda?


ShoutMix chat widget

Ahlan Wassahalan