QANITIN :

Masih bisakah lagi kita mengukir raut wajah kegembiraan diwajah ini..
sedangkan kematian itu sebuah rahsia yang hanya diketahui oleh yang Maha Mengetahui..

masih mampukah kita bergelak ketawa bersama teman teman..
jika difikirkan tentang kesakitan yang dihadapi tatkala kematian menjemput diri..

masih adakah ruang untuk kita bergurau senda..
sedangkan kematian sentiasa mengekori dan menjenguk kita setiap waktu..


MUKMIN :

Jika ingin dikatakan masih adakah lagi waktu dan ketika untuk duniawi...jawapannya pasti ada...kerana sesungguhnya dunia itu ialah putik- putik muda akhirat...maka jgn dipisahkan dunia dan akhirat kelak binasa dunia binasa akhirat....wallahu alam...


QANITIN :

jangan dipisahkan dunia dan akhirat..tapi jangan terlalu mengambil dunia kerana khuatir melupakan akhirat. hanya mampu megukir raut kegembiraan dan senyuman diwajah..


MUKMIN :

Amal yang diiringi taqwa...kerana sesungguhnya tidak semua amal manusia menarik rahmat Allah swt..hanya yang mengharapkan redhaNya dijanjikan mahligaiNYa....


QANITIN :

Amal yang diiringi taqwa dan keikhlasan dalam beramal hanya kepadaNYA dan bukan kepada manusia semata mata...sesungguhnya tuhan telah menjadikan kita daripada pelbagai latar belakang yang berbeza dan masa depan yang berbeza beza berdasarkan tahap keilmuan dan ekonomi.. namun itu semua tidak menentukan masa depan akhirat..sesungguhnya orang yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa..


“Sesungguhnya orang- orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu- ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang bertaqwa..”

surah (AL HUJURAT AYAT 13)


MUKMIN :

Maka sesungguhnya Allah itu maha bijaksana dijadikan manusia itu ke atas muka bumi cinta Allah azza wa jalla adalah untuk beribadat kepadanya serta dilantik sebagai khalifah agung bumi yang tua..adapun sesungguhnya bumi itu wasilah ibadah manusia dan sesungguhnya ibadah ialah wasilah akhirat...hatta dalam ketika itu..bumi itu di dunia nyata...maka jangan dipersalahkan urusan duniawi di mukanya....kerana ketahuilah urusan dunia itu urusan akhirat jua semata....


QANITIN :

Amal yang kecil tapi ikhlas dan istiqomah itu lebih besar dan lepih dipandang disisi ALLAH daripada amal yang besar tetapi tiada keikhlasan semata inginkan pujian dunia dari manusia dan dilakukan bermusim- musim tanpa istiqomah..

urusan dunia itu memang urusan akhirat jua semata mata..tapi bukan semua tapi hanya segelintir.. tidak semua urusan dunia itu ialah urusan akhirat semata mata.. urusan dunia yang niatnya "lillahi taala" semata- mata hanya kerana ALLAH itulah ialah urusan akhirat dan mendapat ganjaran di akhirat insyaALLAH..tetapi urusan dunia yang tidak disandarkan hanya kerana ALLAH dan dilakukan hanya kerana untuk mendapat pujian duniawi daripada manusia..maka di dunia sahajalah kebaikannya di akhirat jua lah kebinasaannya dengan izin ALLAH..


MUKMIN :

Maka dimanakah kekhilafan itu perlu diacukan...? ke arah urusan duniawi atau pelaksananya...? kerana pada asasnya urusan duniawi itu jua ialah urusan akhirat...maka sesungguhnya pelaksananya iaitu sang manusia berhati derita yang mengkhilafkannya....apakah salah itu pada urusannya....jangan dibatilkan hal2 di dunia kerana yang membatilkan ia atau menghaqkan ia hanyalah dia manusia...nadi cinta dunia....


SABIRIN :

Hauqallah....pilihlah tuan empunya akhirat dan dunia. insyaAllah dua-dua dapat...



Nukilan bersama :

Mukmin ar Rijal

Muhamad Azwan (al- Haizamian)